Pages

Promote Link!

Monday, April 25, 2011

Petanda jodoh kita

Salam...





Jodoh adalah ketentuanNya, tetapi bagaimanahendak mengetahui jika si dia memang ditakdirkan untuk diri kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat.. dan akal untuk berfikir... Gunakan sebaik baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan...

Dua manusia yang berbeza rasa, tetapi dijodohkan memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal. Apabila bersama kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut beberapa contoh petanda yang dia adalah jodoh anda:
  • Bersahaja. Kekasih anda itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan,tidak dikawal atau kelihatan pelik? Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja, dia mungkin calon hidup yang sesuai.
  • Senang bersama. Walaupun selalu bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau tertekan pada diri anda. Anda sentiasa tenang, gembira  dan dia menjadi pengubat kedukaan. Dia juga merasainya dan senang apabila bersama. Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dgnnya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
  • Terima kasih seadanya. Apapun kisah silam yang pernah dilakukan, dia tidak ambil peduli. Dia tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, yang penting siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
  • Sentiasa jujur. Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Kejujuran bukan perkara yang dapat dilakonkan. Anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertahta dihatinya, kebahagiaan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Kejujuran disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.
  • Percaya mempercayai. Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih.. adakah rahsia anda selamat di tangan nya? Sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan lain.
  • Senang bekerjasama. Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal berpanjangan, kita perlu saling bekerjasama. Segala kerja yang dilakukan perlu ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tuga masing masing. Segalanya dapat dilakukan tanpa memerlukan orang laindan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia memperngaruhi kehidupan pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar untuk hidup bersama.
  • Memahami diri. Fahami diri pasangan. Semasa anda sakit, dia bawa ke klinik. Semasa aanda berduka, dia menjadi penghibur.Apabila susah, dia menjadi pembantu.Dia selalu bersama dalam sebarang situasi, tidak kira ketika gembira @ berduka
  • Tampilkan kelemahan. Tiada siapa pun yang sempurna didunia. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan sedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.Malah,dia tidak segan mempamerkan keburukannya.
  • Kata hati. Dengarlah kata hati. kadangkala, manusia dikurniakan tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Deria batin ini juga membolehkan kita saling mengetahui perasaan masing masing.Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain... Serta menduga reaksi pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa...>~

sTamat...~
Penat betul salin dari gmbar..~


Renung-renungkan... selamat beramal...~

No comments:

Our Visitor From



free counters



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger